Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Maya Karin Buka Hati Untuk Bercinta

Gembira hidup solo tapi pada masa yang sama tidak menolak jodoh.

0
comments
Maya Karin Buka Hati Untuk Bercinta
Maya gembira solo, tapi pada masa yang sama tidak menolak jodoh. (Kredit Gambar: ishootwhatilove.blogspot.com)
Cantik dan solo. Itulah yang boleh digambarkan mengenai pelakon hebat Maya Karin. Dirinya sering travel dan kota Eropah bagaikan sudah sebati dan sering berulang alik.

Dalam sibuk dengan jadual sebagai selebriti dan ke luar negara atas urusan peribadi, pasti ramai yang tertanya-tanya sampai bila Maya mahu solo. "Saya gembira solo dan tidak ada masalah dengan keadaan ini," katanya. Maya berkata beliau tidak desparate untuk mencari cinta, tetapi menerima kalau sudah ada jodoh.

Sejak berpisah dengan suaminya seorang jejaka Mat Salleh sejak enam tahun lalu, figura ini hidup single and fabulous meski pernah digosipkan dengan beberapa jejaka termasuk VVIP. Maya juga bagaikan sudah buka hati untuk bercinta kerana khabarnya, dirinya diintai seorang rakan lelaki yang mahu bercinta dengan dirinya.

Maya lebih bercinta dengan kerjaya seninya (Gambar: mayakarinposes.blogspot.com)
"Ada yang ajak saya serius, tapi itulah. Sukar untuk saya katakan," katanya. Apapun, Maya memilih untuk tidak bercinta jarak jauh, kerana baginya beliau tidak bernasib baik dengan trend cinta seperti itu. "Sekarang saya lebih bercinta dengan kerjaya iaitu lakonan dan nyanyian. Saya juga sudah lama tidak keluar dengam lagu baharu. Jadi sekarang memang ada perancangan ke arah itu. Begitu juga berlakon. Selagi terdaya saya akan berlakon. Cuma saya lebih suka melihat watak yang sesuai," katanya.

Pernah beberapa kali memenangi anugerah pelakon wanita terbaik wanita berdarah kacukan German ini berkata dirinya idamkan untuk melakonkan watak superwoman! "Semua watak sudah termasuk watak hantu, so saya mahu cuba jadi superwoman," katanya.

Maya yang juga antara green activists berkata dirinya masih aktif dengan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. Masih ingat ketika majlis perkahwinan Maya dulu, tetamu diberikan mentol mesra alam sebagai hadiah untuk tetamu. Maya memang serius dengan isu menjaga alam sekitar. Respeklah Maya!
 
 
Comments



Back to top