Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Intan Sarafina Semakin Bangkit dan Menyengat

Tidak ketinggalan biarpun perhatian lebih diberikan kepada ‘power vocal’ seperti Azharina, Siti Sarah dan Nora.

0
comments
Intan Sarafina Semakin Bangkit dan Menyengat
Intan Sarafina bangkit untuk memberikan cabaran kepada peserta Gegar Vaganza lainnya.
Bermula di konsert pertama Gegar Vaganza musim ketiga, Intan Sarafina mula membuat comeback. Dilihat sebagai peserta underdog berbanding dengan peserta wanita lainnya, Intan mula menyedarkan kehadiran dirinya kepada para penonton.

“Minggu pertama saya kurang sihat. Ditambah lagi dengan perasaan gugup yang cukup kuat membuatkan saya nampak kaku di pentas,” ujar Intan tenang.

“Apatah lagi menjadi dua peserta tercorot, sedikit sebanyak memberikan impak kepada diri saya.” 

“Ramai yang membantu memberikan feedback dan saya gunakan segala kritikan yang diberi untuk membuat yang lebih baik di konsert Gegar Vaganza minggu yang kedua.

Persembahan pertama Intan Sarafina diganggui demam dan juga rasa gugup.
Walaupun masih belum pulih daripada demam, persembahan minggu kedua Intan Sarafina membawakan lagu Pudar daripada Datuk Rossa jauh lebih baik daripada minggu pertama.

“Saya masih cuba mengatasi masalah gemuruh di atas pentas. Maklumlah, begitu lama saya meninggalkan pentas nyanyian, seakan-akan ini adalah permulaan yang baru buat diri saya,” jelas Intan yang kini sudah mulai tersenyum.

Persembahan lebih cemerlang Intan di konsert kedua masih gagal menarik perhatian juri.
Namun berkedudukan ketiga terakhir juga sekali lagi memberikan impak kepada dirinya. Meletakkan segalanya ke tepi, Intan semakin bersemangat untuk memberikan yang lebih baik. Apatah lagi lagu slow rock, Penantian, daripada kumpulan Blackrose merupakan kali pertama beliau menyampaikan genre tersebut.

“Saya sahut cabaran menyanyikan lagu rock sepenuh hati. Setiap hari tak kira di rumah, mahupun di dalam kereta saya dengar lagu-lagu bergenre rock. Saya mula tertarik terutamanya dengan genre slow rock,” terang Intan.

Persembahan Intan Sarafina semakin mantap di minggu ketiga dengan lagu slow rock.
Ternyata di konsert minggu ketiga, persembahan Intan Sarafina dengan lagu Penantian menunjukkan sisi dirinya yang berbeza. Kalau dulu peminat melihatnya penuh kelembutan, tetapi di konsert ketiga, Intan memberikan sepenuh tenaga untuk tampil lain demi menyahut cabaran tema ‘Ada Bran’ yang ditetapkan.

“Saya kini sudah kembali lebih selesa di pentas. Ya, perasaan gementar dan gemuruh itu masih ada, tetapi dengan sokongan peminat dan tepuk sorak mereka, memberikan semangat kepada saya untuk terus memberikan yang lebih baik.

Minggu keempat ini Intan Sarafina bakal berduet bersama Fazli Zainal menyampaikan lagu daripada Judika.
 
 
Comments



Back to top