Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Konsert Gegar Vaganza 2016: Mampukah Peserta Lelaki Menembusi Dominasi Peserta Wanita?

Hampir kesemua peserta wanita memberi pembaharuan dalam persembahan, sedangkan peserta lelaki masih selesa dengan style persembahan yang sama.

0
comments
Konsert Gegar Vaganza 2016: Mampukah Peserta Lelaki Menembusi Dominasi Peserta Wanita?
Mampukah peserta lelaki tidak dilindungi bayangan kehebatan peserta wanita?
Rata-rata ditanya pada yang menonton, semua mengatakan hal yang sama. Tahun ini peserta wanita kelihatan jauh menyerlah daripada peserta lelaki dalam Gegar Vaganza musim ketiga. Tidak dinafikan, kebanyakan peserta wanita mampu menyerlahkan vokal yang lebih hebat.


Bukan itu sahaja, peserta wanita kelihatan lebih ‘beriya’ membuat persediaan berbanding dengan peserta lelaki. Jika dilihat daripada persembahan minggu kedua, kemampuan penyanyi wanita yang menyampaikan lagu rancak dipersiapkan dengan tarian dan persembahan.


Berlainan dengan peserta lelaki yang kebanyakannya hanya berdiri berseorangan dan mengharapkan suara mereka mampu memberikan persembahan yang terbaik. Kalau adapun peserta lelaki yang kelihatan bersinar adalah Zarul Umbrella. 


Dua minggu berturut-turut, anugerah ‘menyengat’ dikuasai oleh peserta wanita. Minggu pertama oleh Siti Sarah dan minggu kedua pula diraih oleh Azharina. Dari segi persembahan pula, boleh dikatakan kesemua peserta wanita menyerlah di minggu yang kedua. Baik Zur Eda, Nora, Elly Mazlein, Intan Sarafina, Siti Sarah dan tentunya Azharina.


Peserta lelaki yang dingati ketika konsert kedua mungkin hanya Zarul Umbrella dan Gmie Screen yang memberikan persembahan memukau membawakan lagu ‘Januari’. Persembahan Shidi Data kelihatan terlalu lemah seolah-olah mengaku kalah sebelum bertanding. Padahal pada konsert minggu pertama, beliau antara peserta lelaki yang menyerlah.


Malam ini, malam konsert ketiga dengan lagu-lagu yang agak jauh daripada ‘makanan’ harian mereka. Saya masih yakin peserta wanita akan terus mendominasi, kecualilah para peserta lelaki benar-benar membuat homework untuk persembahan mereka.
Saya rasa mereka yang akan menyerlah pada malam ini adalah Azharina, Elly Mazlein dan Nora. Manakala peserta lelaki mungkin masih lagi Zarul Umbrella. Tetapi ini adalah telahan sahaja melihat kepada lagu yang mereka dapat.


Sangat-sangat berharap akan ada peserta yang memberikan kejutan dengan persembahan yang sungguh hebat dan memorable. Walau apa sekalipun, mereka semua ini bukan calang-calang penyanyi. Pengalaman sudah membuktikan. Cuma, Gegar Vaganza adalah tempat menggilap kembali bintang yang malap untuk kembali bersinar.
 
 
Comments



Back to top