Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Majlis Persandingan Amyra Rosli Dan Amar Baharin Bakal Diadakan Di Singapura?

Merpati dua sejoli ini bakal disatukan dua minggu lagi.

0
comments
Majlis Persandingan Amyra Rosli Dan Amar Baharin Bakal Diadakan Di Singapura?
Gambar: Cinema Online
Mesti berdebar-debar merpati dua sejoli ini menantikan detik penyatuan mereka. Amar Baharin, 31 dan Amyra Rosli, 25, akan dinikahkan pada 11 November. Majlis resepsi Amyra akan diadakan pada 12 November manakala 19 November bagi pihak lelaki. Khabarnya, majlis persandingan bakal diadakan di Singapura?

Ibu Amyrah, Kak Noor menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Media Hiburan berkata, “Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar. Sekarang sibuk nak edarkan kad perkahwinan. Alhamdulilah juga, ramai yang nak taja itu ini untuk majlis ini. Kak Noor anggap rezeki merekalah tu. Tapi sebenarnya kami buat yang sederhana sahaja. Yang penting, berjalan lancar dan dapat memuaskan hati semua tetamu yang hadir nanti.

Tambahnya lagi, “"Nak puaskan hati semua pihak, kita cuba yang terbaik. Jadi sebab itulah, ada pula peminat dari Singapura yang nak buatkan majlis sanding Amar - Amyra di sana. InsyaAllah, sebab peminat dari Singapura pun ramai yang beri sokongan pada Amar - Amyra. Nak ajak mereka datang ke majlis di KL, takut tak cukup tempat, jadi ada pihak yang nak buatkan di sana terus. InsyaAllah, kita cubalah memudahkan semua orang”.
 
Berbekalkan dua minggu sahaja lagi, Kami di Rojak Daily mendoakan semoga majlis mereka berdua berjalan dengan lancar dan sempurna.
 
 
 
Comments