Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Elizabeth Tan Pernah Bercinta Dengan Jejaka Melayu

Sifat jejaka melayu yang pandai melawak, membuatkan dia selesa.

0
comments
Elizabeth Tan Pernah Bercinta Dengan Jejaka Melayu
Bakal keluar dengan single terbaru berbahasa Inggeris. (Kredit Gambar: Azwa Rahman)
Si cantik manis Elizabeth Tan ini semakin hari semakin jelita. Sejak mula melibatkan diri secara serius dalam industri hiburan, penyanyi yang bermula sebagai YouTube sensation ini terus mendapat perhatian. Tidak ketinggalan sang jejaka yang mahu mendambakan cinta darinya.

Yalah, masih muda dan berusia 22 tahun, malah pandai pula menyanyi. Hairan juga bila dirinya yang juga dikenali sebagai Lizzy ini mengakui dirinya masih single and available.
"Saya selesa solo belum ada yang serius," katanya sambil ketawa.

RojakDaily Kaw! tetap mengorek rahsia cinta amoi cun ini. Rupa-rupanya beliau mengaku pernah bercinta dengan jejaka Melayu.

Elizabeth mudah tertarik dengan jejaka yang suka melawak.
Beliau berkata, semua itu ketika di zaman remajanya. Akui Elizabeth, majoriti teman lelakinya adalah Melayu.

Kata penyanyi Knock-Knock ini, beliau selesa berkawan dengan jejaka Melayu kerana sifat mereka yang pandai buat lawak. "Saya suka sebab mereka pandai berlawak dan suka buat saya ketawa," katanya.

Jangan risau, itu semua kisah dulu. Mungkin ada yang masih berpeluang. Tapi kata Lizzy dirinya lebih mahu menumpukan pada kerjaya seninya. Beliau juga bakal muncul dengan single terbaharu tidak lama lagi dalam Bahasa Inggeris dan Melayu termasuk lagu hasil ciptaanya sendiri. Yes, she is a singer song writer.

Gembira dipilih untuk menyanyikan soundtrack siri baharu di Disney Channel
Paling baharu, Lizzy juga dipilih sebagai penyanyi untuk lagu soundtrack bagi siri animasi Disney berjudul 'Elena of Avalor' untuk chapter Malaysia. Siri itu bakal disiarkan bermula 13 November ini pada jam 11 pagi di saluran Disney Malaysia.

Beliau berkata dirinya sendiri terkejut dan pada masa sama terharu dengan pemilihannya untuk menyanyikan lagu berkenaan. "Saya tidak sangka saya menjadi pilihan mereka. Kadang-kadang saya juga tertanya mengapa mereka pilih saya. Semua ini rezeki," katanya.

Tambah Elizabeth, terkesan dengan watak utama animasi itu yang penyabar turut membuatkan dirinya kini belajar untuk jadi lebih cool dan tidak cepat marah. 
"Saya memang tidak penyabar, so sekarang saya sedang juga jadi penyabar seperti Elena.

Khabarnya, beliau juga bakal berlakon dalam sebuah filem terbitan Astro Shaw sebagai watak pembantu pada Disember tahun ini.

Rindu untuk memuatnaik nyanyian beliau di Youtube seperti dulu
Beliau juga gembira kerana dirinya semakin diterima peminat seni. Malah Lizzy mengakui rindu untuk memuat naik nyanyiannya di laman YouTube seperti ketika beliau memulakan karier nyanyiannya. "Memang rindu, kadang-kadang memang mahu kongsikan nyanyian saya termasuk lagu yang saya cover di YouTube, cuma masa sangat terhad," katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada peminatnya yang sudi hadir pada konsert beliau di Singapura pada bulan lalu. "Terima kasih dengan sambutan yang anda berikan. Saya memang terharu termasuk ada yang datang dari Malaysia semata-mata mahu menonton persembahan saya," katanya.
 
 
Comments



Back to top