Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Azharina Ada Kisah Di Sebalik Lagu 'Sinaran'

Tidak menganggap diri peserta favorite kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri.

0
comments
Azharina Ada Kisah Di Sebalik Lagu 'Sinaran'
Azharina memberikan komitment sepenuhnya untuk setiap persembahan
Tiap minggu makin panas. Apa lagi kalau bukan konsert mingguan Gegar Vaganza 3 (GV3). Pastinya, semua peminat setia GV3 akan melekat di depan kaca televisyen untuk melihat bintang kesayangan mereka beraksi.

Antara bintang paling menarik perhatian pastinya Azharina Azhar dengan kemantapan vokal yang memang meletop. Tak hairanlah pemilik suara serak-serak basah ini muncul pemenang hadiah Vokal Paling Menyengat minggu lalu. Mesti semua setuju, bestkan showmanship Azharina yang membawakan lagu Sinaran dengan rendisi muzik dan gayanya tersendiri.

Rojak Daily Kaw! pun respek dengan show beliau malam itu. Rasa tak over kalau katakan, very world class!

Sempat bertemu dengan Azharina yang mesra disapa Nyonya dan bertanya mengenai persembahannya itu. Rupa-rupanya ada kisah disebalik persembahan mantap berkenaan.

dandanan rambut juga dibuat sama seperti kali pertama menyanyikan lagu 'Sinaran'.

Kata Azharina, lagu yang disampaikan malam itu adalah lagu sama yang membawa tuah serta kemenangan padanya ketika menyertai Bintang RTM 2001.

"Sebab tu saya sangat excited dan berdebar juga. Kalau perasan, rambut saya juga didandan sama ketika saya beraksi 15 tahun dulu. Memang sangat memorable. "Cuma dulu masih mentah, kali ini saya kaut pengalaman yang ada dan berusaha berikan yang terbaik. Syukur rezeki jadi milik saya," katanya.

Bukan setakat itu, bintang dari Negeri Di Bawah Bayu itu memang sentiasa mencari jalan untuk dirinya tampil outstanding. Kalau minggu pertama mikrofonnya dibalut dengan kain lace, minggu lalu siap dengan mic stand yang dibuat khas dengan rona emas.

"Ya memang kami buat sendiri, saya dan team saya Azharina Entertainment buat dalam masa dua hari. Saya memang mahu tampilkan kelainan pada setiap persembahan saya," katanya.
Dinobatkan sebagai pemenang Vokal Paling Menyengat di Konsert kedua.
Ditanya mengenai dirinya yang dilihat antara perserta favorite, Azharina tetap merendah diri dan mengakui banyak yang perlu diperbaiki kerana semua yang bertanding mempunyai kelebihan tersendiri.

Beliau enggan selesa dan sentiasa memberikan fokus sepenuhnya kerana GV3 adalah comeback penting bagi dirinya dalam karier nyanyian yang sudah lama beliau tinggalkan.

Sempat mengorek mengenai persembahan minggu bertemakan 'Ada Bran' pada konsert Ahad ini, Azharina yang bakal membawakan lagu penyanyi legend Raggae, Bob Marley berjudul 'No Women No Cry', berkata dirinya gementar kerana tidak pernah menyampaikannya sebelum ini.

"Apapun saya mahu bawakan cara saya dan melihat kepada susunan muzik yang sesuai. Saya berharap dapat lakukan yang terbaik. Untuk semua peminat doakan saya mampu lakukannya," katanya penyanyi yang pernah popular dengan lagu Elegi Sepi itu.

Mahu fokuskan diri sepenuhnya pada GV3 untuk membuat comeback.

Sempat diusik mengenai cinta, Azharina tertawa besar dan mengakui dirinya tidak punya masa untuk semua itu.

"Saya sibuk membesarkan hero saya Rahmat yang berusia dua tahun. Ini pun banyak kali sudah merajuk dengan saya kerana terpaksa ditinggalkan dirumah pengasuh.

"Saya akan berpisah dengan Rahmat selama tiga hari dari Jumaat sehingga Ahad untuk memberikan fokus pada latihan dan konsert mingguan," katanya.
 
 
Comments



Back to top