Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Kumpulan Ruffedge Dan V.E Bakal Buat Comeback?

Sambut ulangtahun ke-15, suara mereka masih sedap seperti dulu.

0
comments
Kumpulan Ruffedge Dan V.E Bakal Buat Comeback?
Gambar: Facebook Lah Ahmad, puteri-nora.blogspot.com & gosip sensasi
Tahniah kalau anda pernah dengar kumpulan Ruffedge dan VE yang cukup terkenal dengan irama hiphop dan R&B pada satu ketika dahulu. Anggota Ruffedge terdiri daripada Azan, Zain, Amer, Cat Farish, Syed dan Nine manakala VE dianggotai oleh Zaff, Lah Ahmad, Shah, Damian dan Cham.

Dua kumpulan yang cukup digilai remaja wanita suatu ketika dahulu atau masih digilai sekarang nampaknya tidak berubah walaupun kebanyakkan dari mereka telah membawa haluan masing-masing.

source: imgur.com

Semalam menerusi laman Facebook Lah Ahmad, mereka telah berkumpul bersama bagi menyambut ulang tahun ke-15 penubuhan mereka. Lah turut berkongsi satu video berdurasi 26 saat dimana mereka menyanyikan lagu Khayalan tanpa sebarang latihan dan ternyata, harmoni mereka tetap sama seperti dahulu!



Kata Lah, “Alhamdulillah... mohon maaf kerana dalam keadaan gelap, kami tak practice pun, tak planning pun tapi ini buat semua di luar sana, maaf kalau tak sedap dan yg masih ingat dan menyokong kami hingga hari ini,Terima kaseh dan doakan kami .. insya allah nanti kami Umumkan sesuatu".

Adakah mereka akan melakukan comeback? Kami tak sabar nak nantikan pengumuman mereka. Pasti ramai juga peminat-peminat diluar sana yang menantikan comeback dari Ruffedge dan V.E. Untuk imbau kembali kenangan anda, jom dengar lagu Ruffedge dan V.E yang pastinya membawa memori pada anda. 




 
 
Comments



Back to top