Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"AJ Screamer, Nyawa Saya," - Ayda Jebat

Sentiasa menghargai peminat-peminat tersayang

0
comments
Ayda Jebat sentiasa menghargai peminat (Kredit Gambar: cinema.com.my)
Siapa tidak kenal dengan si sweetheart seorang ini. Seperti lagu hitnya, Ayda sukar dinafikan antara Pencuri Hati peminatnya yang tidak pernah jemu menyokong penyanyi dan pelakon ini. Bukan sembarangan bala tentera penyokongnya yang digelar AJ Screamer.

Penyanyi yang pernah mencuba nasib dalam rancangan Akademi Fantasia suatu ketika dulu ini memang antara jaguh setiap kali namanya bersaing merebut gelaran dalam sesebuah pertandingan anugerah yang dianjurkan.

RojakDaily Kaw! juga mengakui, Ayda memang antara yang paling in ketika ini dan bijak mengambil hati peminatnya. Tidak hairan, si genit yang turut digelar Kenid ini ampuh dalam setiap pertandingan membabitkan populariti.

Bersyukur mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kariernya. (Kredit Gambar: izyan.com)

"Bagi saya semua ini adalah rezeki dan anugerah yang sukar untuk dilafazkan. Saya bersyukur punya peminat yang sentiasa berada bersama saya dan tidak pernah jemu.

"Mereka sering berada ketika saya mula bertatih sehingga ke hari ini malah banyak berkorban untuk saya," katanya.

Wanita kelahiran Melaka ini berkata demikian kala ditanya mengenai populariti yang dikecapi olehnya.

Mudah mesra dan humble, Ayda menganggap dirinya 'the lucky one' kerana ada peminat yang sanggup mengundi memastikan beliau menang dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
"I'm the lucky one," ungkap Ayda Jebat (Kredit Gambar: tv14.com)

"Walaupun diukur dari populariti, saya senang hati kerana saya tahu saya diterima. Memang bukan boleh senangkan hati semua orang.

"Mempunyai peminat yang sanggup bersengkang mata dan mengundi kita itu adalah satu yang luar biasa, seperti saya katakan tadi saya bertuah," katanya.

Antara kejayaan Ayda termasuk pada Anugerah Meletop Era, Anugerah Bintang Popular dan terbesar ialah Artis Paling Popular Anugerah Planet Muzik yang lalu menewaskan nama besar termasuk bintang serantau seperti Afgan, Yuna, Taufik Batisah dan ramai lagi.

Malah, paling best ketika showcase "Ayda Jebat Live In Singapore" awal bulan ini, semua tiket persembahannya sold out.

Ayda yang membuktikan mampu menyanyi secara live pada persembahan itu turut menitiskan air mata menyampaikan ucapan penghargaan kepada peminat tersayang. Itulah Ayda, sweetheart AJ Screamer!

Terbaharu, beliau bakal muncul dengan single ke tiga selepas Siapa Diriku dan Pencuri Hati. Ayda juga bakal muncul dengan filem berjudul Pinjamkan Hatiku.
 
 
Comments