Rojak Daily Logo

Selepas Awie, Giliran Erra Fazira Pula

0
comments
Selepas Awie, Giliran Erra Fazira Pula

Selepas tersebar berita Awie sudah bertunang dengan wanita pilihan, kini giliran Erra Fazira pula mengeluarkan kenyataan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi.

Memetik kenyataan Erra kepada Berita Harian Online, selepas Shahir menyatakan perkara sebenar bahawa hubungan mereka benar-benar serius, barulah dia berani membuka mulut.

Menurut Erra, “Sebenarnya Shahir yang patut membuka mulut terlebih dahulu dalam perkara ini kerana dia lelaki, dan selepas Shahir benar-benar serius tentang hubungan mereka, barulah saya berasa lega.”

Keluarga Shahir Restu

Setakat ini, keluarga Shahir sudah merestui hubungan mereka, namun Erra masih lagi belum memberitahu perkara tersebut kepada ibu beliau.

Sebelum ini Shahir pernah dikaitkan dengan Rozita Che Wan dan juga desas desus mengenai hubungan beliau dengan Erra Fazira pernah menghiasi dada-dada akhbar tetapi dinafikan oleh kedua-dua belah pihak.

Erra Fazira, 42, dan Shahir Zawawi, 28, melalui kenyataan Erra menafikan bakal mendirikan rumahtangga selepas hari raya seperti yang didakwa.

 
 
Comments