Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pesakit Jantung Cover Lagu Maroon 5 Dapat Perhatian Adam Levine

Lagu itu disampaikan sebelum pembedahan jantungnya dilakukan.

0
comments
Pesakit Jantung Cover Lagu Maroon 5 Dapat Perhatian Adam Levine
Gambar: fullhdpictures.com
Will Hunt, remaja berusia 16 tahun yang sedang berdepan dengan masalah kegagalan jantung membuat cover bagi sebuah lagu Maroon 5, 'She Will Be Loved'. Istimewanya lagi, Will membuat lagu cover tersebut sedang menunggu untuk pembedahan jantungnya dan ia telah disedari oleh vokalis Maroon 5, Adam Levine.

Dengan ditemani ayahnya yang beriringan bermain gitar, Will berada di ruang ICU Hospital Vanderbilt sebelum operasi pembedahannya bermula. Video berdurasi seminit ini telah dirakam oleh adiknya, Mac dan kemudian telah berkongsi di laman sosial.

Video tersebut menjadi viral di Twitter selepas dikongsi oleh Adam Levine dan turut memberikan pandangan peribadinya terhadap Will.
 
Menerusi akaun Twitternya, Adam berkata, “Sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata apabila anda telah menolong seseorang dengan cara sebegini. Jadi, saya akan kongsi. Bagus”.

Respon dari Adam ini turut disedari oleh Will yang begitu teruja apabila selebriti pujannya memberikan sokongan.
 
Rata-rata netizen turut memuji tindakan murni Adam dan turut memberikan sokongan terhadap Will agar cepat sembuh.
 
 
 
Comments