Rojak Daily Logo

Organ Pelakon Korea Diterima Lima Individu

0
comments
Organ Pelakon Korea Diterima Lima Individu

Kematian pelakon terkenal Korea, Kim Seong Min akibat mati otak kelmarin memberi manfaat kepada lima individu lain yang menunggu organ selebriti itu. Agensi melaporkan pelakon berusia 43 tahun itu tidak sedarkan diri selepas cubaan membunuh diri pada Jumaat lalu.

Pasukan perubatan Hospital St Mary Seoul menyatakan punca kematian pelakon itu sebagai mati otak berlaku antara jam 8.45 pagi. Pihak hospital juga memaklumkan lima pesakit yang akan menerima organ pelakon itu seperti buah pinggang, hati, usus dan kornea.

Keluarga pelakon itu iaitu isteri dan anaknya sudah menyatakan persetujuan untuk proses menderma organ tersebut memandangkan ia adalah hasrat pelakon itu sebelum ini. Bantuan peralatan penafasan pelakon itu ditanggalkan sebaik pembedahan organ selesai.

Kim Seong Min | Rojak Daily
Alat bantuan pernafasan pelakon itu ditanggalkan sebaik pembedahan organ selesai. (Gambar: Soompi)
 
 
Comments