Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu Pertama – Konsert Berebut Mikrofon, Konsert Berebut Kontroversi, Konsert Tunjuk Taring, Tunjuk Power, Tunjuk kemampuan!

Gimik berebut mikrofon jadi viral! Orang kita memang suka kontroversi. Bayangkan di konsert kedua jika ada gimik Datuk Seri Vida diberi ‘sausage’ sebagai mikrofon! Anda rasa?

0
comments
Konsert Gegar Vaganza 2016 Minggu Pertama – Konsert Berebut Mikrofon, Konsert Berebut Kontroversi, Konsert Tunjuk Taring, Tunjuk Power, Tunjuk kemampuan!
Klip video Datuk Seri Vida berebut mikrofon diviralkan walaupun hanya sekadar gimik sambungan daripada Gegar Vaganza musim lalu
Kadangkala nak tergelak besar bila benda yang dilakukan sebagai gimik diviralkan seolah-olah ianya bukan lakonan semata. Pihak produksi ini bukan sekali dua buat rancangan yang besar-besar, mereka sudah tahu ‘makanan’ yang nak dihidangkan. Tetapi biasalah kita orang Melayu yang gemarkan gosip serta kontroversi, itulah yang jadi benda penting. Sesiapa yang tengok Gegar Gavanza musim kedua pun tahu tentang kisah ‘bercinta’ Datuk Seri Vida dan mikrofon!
Persembahan mantap daripada tempat ketiga, naib juara dan juara musim lalu, (dari kiri) Faradhia, Ezad dan Siti Nordiana. Saksikan video persembahan mereka di bawah.

Timbul pula isu perkahwinan, perceraian dan sebagainya. Kasihan bekas isteri yang mahu bertanding dalam pertandingan nyanyian, tetapi dipilih pula saat sebegini untuk membuka segala pekung dan kejatuhan rumahtangga. Sekali lagi, viral ceritanya. Kabur pandangan tentang sebuah rancangan yang sungguh hebat dipersembahkan kepada penonton.


Tinggalkan sebentar kontroversi. Letak ke tepi tentang membahagian bintang! Minggu lalu semuanya power dan minggu lalu pun bukan terlalu kepada ulasan konsert yang berlangsung, lebih kepada keseluruhan yang ditonton dan dipertontonkan.
Persembahan Nora dengan 'Di Persimpangan Dilema' sungguh mengayikkan.

Pembukaan konsert minggu pertama oleh top three tahun lalu, Siti Nordiana, Faradhia dan Ezad dengan lagu Francisca Peters, ‘Ku Keudara Lagi’ meremang bulu roma. Dan kemudian mereka mengambil giliran menyanyikan lagu-lagu peserta Gegar Vaganza tahun ini pula. Tabik hormat kepada ketiga-tiga mereka! Seriously, itu adalah penghormatan dan nilai persahabatan yang sungguh bermakna.
Siti Sarah antara pencabar hebat dalam Gegar Vaganza musim ketiga ini.

Konsert minggu pertama memang konsert tunjuk taring, tunjuk power dan tunjuk kemampuan! Bukan hanya kepada penyanyi-penyanyi solo yang biasa kita dengar, tetapi juga daripada vokalis-vokalis berkumpulan seperti Shidi Data, Gmie Screen, Ameng Spring dan Zarul Umbrella.
Mereka mungkin tidak begitu terkenal sebagai penyanyi solo, tetapi Shidi Data dan Gmie Screen pasti memberikan saingan yang kuat.

Kehebatan suara mereka sebagai underdog *boleh ke pakai perkataan ni?* ditentangi peserta wanita yang bukan-bukan calang kesemuanya. 
Azharina menyanyi dengan penuh jiwa dan rasa.

Siti Sarah, Azharina, Zur Eda, Elly Mazlein, Intan Sarafina dan tentunya Nora bukanlah calang-calang penyanyi. Tak sabar rasanya mahu menonton konsert minggu kedua apabila kesemua mereka diberi tugasan lagu-lagu yang mungkin bukan makanan harian mereka.
Rem, Ameng Spring dan Razis Ismail perlukan kepelbagaian dalam persembahan.

Pengalaman yang dimiliki oleh Elly Mazlein, Zur Eda dan Intan Sarafina mungkin akan membantu mereka melakukan yang lebih hebat.

Zarul Umbrella antara salah satu peserta lelaki pilihan di Gegar Vaganza musim ketiga.

Siapakah yang bakal tersingkir daripada Gegar Vaganza di konsert yang kedua ini nanti? Jangan lupa temujanji anda di Astro Ria dan Ria HD setiap hari Ahad, pukul 9;00 malam.
 
 
Comments



Back to top