Rojak Daily Logo

Mark Adam Kongsi Rahsia Pikat Isteri

0
comments
Mark Adam Kongsi Rahsia Pikat Isteri

Siapa yang pernah mendengar segmen Sepahtu Sinar kelolaan Jep, Shuib dan Rahim bersama artis jemputan mereka Mark Adam tentunya masih mengingati aksi spontan Mark berkongsi cerita. Memang lawak habis!

Gambar: Facebook @Mark Adam

Siapa sangka penghijrahannya ke Malaysia membuka seluas rezeki buat penyanyi lagu "Marry Me" ini. Dia bukan sahaja dipertemukan dengan gadis tempatan, malah namanya cukup dikenali di kalangan peminat industri seni tempatan. Mark dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan pelawak. Kelemahan anak kelahiran Filipina ini bertutur dalam bahasa Melayu tidak dijadikan penghalang, sebaliknya tanpa disangka memberi kelebihan buatnya.

Kemunculan Mark di Super Spontan All Stars yang disiarkan di Astro Warna mengundang ketawa penonton yang rata-rata memuji aksi bersahaja Mark yang mampu mengatasi kehebatan pelawak sedia ada dalam aksi permainan yang diberikan. Sejak itu satu demi satu tawaran memeriahkan program lawak serta lakonan mula mendatangi. Wajahnya juga sering menghiasi program terbitan Astro.

Mark Adam berkongsi kegembiraannya disunting membintangi Mark dan Ana di laman Facebook: @Mark Adam

Raya ini, penyanyi yang turut popular dengan lagu "Katak" dan "Pencuri" itu bakal beraksi bersama Ozlyn Wati dalam sebuah telefilem yang diangkat daripada pengalaman hidupnya ketika awal-awal menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Mark pernah berkongsi kisah hidupnya serta perasaaan pertama kali melihat KLCC tersergam indah di hadapan mata bersama Sepahtu Sinar.

Telemovie Mark dan Ana bakal bersiaran pada hari ketiga, jam 12 tengah hari di saluran Astro Warna. Mark dan Ana mengisahkan Mark, jejaka Filipina yang merantau ke Malaysia dan bagaimana dia mendalami bahasa Melayu serta berjaya memikat gadis idamannya Ana.

 
 
Comments