Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Interchange Raih Respons Positif Di London

Filem ketiga arahan Dain Said ditayangkan di Festival Filem London BFI.

0
comments
Interchange Raih Respons Positif Di London
Filem ketiga arahan Dain Said mendapat pujian penonton ketika tayangan di Festival Filem London BFI, baru-baru ini. (Gambar: Dain Said - Facebook)
Pencapaian sebuah filem tidak hanya diukur pada anugerah yang dimenangi semata-mata. Malah, aspek penerimaan penonton dan respon yang diterima cukup penting dalam memberi penilaian pada filem itu sebagai karya terbaik atau sebaliknya.

Filem Interchange arahan Dain Said antara karya tempatan yang boleh dibanggakan apabila ia berpeluang menyertai beberapa festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Locarno ke-69, Switzerland, Festival Filem Antarabangsa Toronto, Kanada dan diikuti Festival Filem Antarabangsa Singapura pada 23 November nanti.

Menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam,Iedil Putra dan Nicholas Saputra, filem ketiga Dain ini turut mencuri tumpuan ketika ditayangkan pada Festival Filem London BFI, baru-baru ini. Menariknya, dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan penonton di sana memberikan respons positif dan memuji hasil filem ini.


Dalam sesi soal jawab selepas tayangan filem itu, Dain berkongsi idea menghasilkan karyanya itu yang turut menggambarkan suku kaum kehidupan masyarakat di Sabah. Sebagai penggiat seni, dia menyatakan berusaha bekarya tanpa terlalu memikirkan soal penonton sebaliknya menekankan cara penyampaian plot yang mahu disampaikan.

 
 
 
Comments



Back to top