Rojak Daily Logo

Aksi Mat Redho Kebanggaan Masyarakat Malaysia

0
comments
Aksi Mat Redho Kebanggaan Masyarakat Malaysia

Bekas Juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua, Redha Rozlan sekali lagi mencatat rekod peribadi buat dirinya apabila menyertai satu pertandingan permainan lasak peringkat antarabangsa, Sasuke Viet Nam.

Menerusi status terbarunya di Facebook hari ini, dia yang lebih dikenali sebagai Mat Redho menyatakan tidak sabar untuk ke pusingan kedua pertandingan tersebut selepas berjaya melepasi halangan pertama. Dalam satu video yang dimuat naik di YouTube, semalam menunjukkan aksi Mat Redho yang pantas dan berjaya menempuh segala halangan yang sukar.

Mempunyai 81,400 pengikut di Instagram, kejayaan jejaka berusia 28 tahun ini turut didorong isteri dan anaknya yang hadir memberi sokongan ketika pertandingan berlangsung. Malah, video aksi hebat Mat Redho mewakili negara ke pertandingan itu juga menjadi viral selepas dikongsi pengguna di Facebook.

Kejayaan Mat Redho ini meskipun hanya menerusi pertandingan permainan lasak antarabangsa, ia tetap menjadi kebanggaan buat masyarakat Malaysia.

Mat Redho | Rojak Daily
Kejayaan Mat Redho dikongsi pengguna Facebook. (Gambar: Facebook – Mat Redho)
Mat Redho | Rojak Daily
Mat Redho ketika ditemubual media tempatan di Vietnam. (Gambar: Facebook – Mat Redho)
Mat Redho | Rojak Daily
Mat Redho pernah menjadi juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua bersama Erin Malek, dua tahun lalu.
 
 
Comments