Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Awie Kembali Ke Tempat Nenek Moyang, Bukan Kesalahan Besar

Vokalis Wings itu memberi penjelasan berkahwin di Songkhla, Thailand.

0
comments
Awie Kembali Ke Tempat Nenek Moyang, Bukan Kesalahan Besar
Awie berarak dengan motosikal bersama 100 anggota rombongan dihadiri anggota keluarga dan kenalan terdekat. (Gambar: Awie Al Pamalo - Facebook)
Perkahwinan ketiga, penyanyi rock terkenal Awie bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, selamat dilangsungkan pada 7 Oktober lalu. Namun, di sebalik kegembiraan itu segelintir peminat masih tertanya mengapa vokalis Wings itu memilih Songkhla, Thailand sebagai lokasi penikahan. 

Awie, 48, tampil menjelaskan dia memilih lokasi itu kerana dia sebenarnya berasal daripada keturunan Raja Sulaiman yang merupakan individu membuka wilayah Songkhla. Lebih bermakna, dia mahu memastikan perkahwinannya kali ini diadakan di tempat nenek moyang sendiri.

Menjawab persepsi serong masyarakat terhadap perkahwinan di Siam, Awie memberitahu dia tidak menganggap perkara itu sebagai melakukan kesalahan besar dan ia disempurnakan di dalam masjid dalam keadaan teratur.

Jelasnya, dia mempunyai hak berkahwin di mana-mana dan paling penting adalah memastikan ianya sah mengikut syarak. Pada majlis itu, Awie berarak dengan motosikal bersama 100 anggota rombongan manakala ia hanya dihadiri anggota keluarga dan kenalan terdekat.

Laporan Utusan Online itu juga menyatakan Awie akan mendaftar perkahwinannya itu dalam masa terdekat dan bersedia membayar denda sekiranya dikenakan mahkamah syariah.
 
 
Comments



Back to top