Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Wak Doyok Masih Simpan Gambar, #MakcikLawa Menghilangkan Diri

Status hubungan pasangan ini menjadi tanda tanya peminat.

0
comments
Wak Doyok Masih Simpan Gambar, #MakcikLawa Menghilangkan Diri
Gambar Wak Doyok bersama 'kekasihnya' masih ada dalam akaun Instagramnya. (Gambar: wakdoyok - Instagram)
Hubungan akrab antara selebriti popular, Wak Doyok dengan bekas personaliti televisyen terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim bukan lagi rahsia apatah lagi mereka pernah dikatakan sudah bertunang pada 23 Julai lalu.

Sama ada Wak Doyok dan Azrinaz, keduanya tidak mendedahkan status sebenar perhubungan mereka. Namun, peminat masih tertanya kesudahan hubungan pasangan ini jika sudah mengambil keputusan ke jenjang pelamin.

Azrinaz pernah memuat naik gambarnya berpakaian warna putih sedondon bersama 'kekasihnya' itu di Instagram sebelum ini dan Wak Doyok membalas komen di status sama dengan panggilan 'b' yang membawa maksud 'baby' iaitu panggilan manja pada kekasih. (Baca lagi: Wak Doyok Selamat Bertunang Dengan 'B'?)

Bagaimanapun, pengacara program travelog, Ke Jepun Ke Kita? khabarnya sudah kembali solo. Apa yang menjadi tanda tanya pada peminat adalah kehilangan akaun Instagram Azrinaz iaitu 'azrinazmazharhakim' yang tidak lagi aktif.

Menerusi Instagram 'wakdoyok' yang mempunyai 1.4 juta pengikut,  dia masih menyimpan gambarnya bersama #MakcikLawa iaitu 'hashtag' gelaran pada kekasihnya itu.
 
 
Comments