Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Tembak, Guna Kereta Kebal Musnahkan Bandar

Syamsul Yusof beraksi dalam filem terbaru, Desolasi.

0
comments
Tembak, Guna Kereta Kebal Musnahkan Bandar
Filem arahan Syafiq Yusof ini akan menjengah pawagam pada 8 Disember nanti. (Gambar: Twitter)
Ia suatu yang lumrah apabila kehidupan setiap manusia berdepan pelbagai masalah. Namun, apa yang akan terjadi sekiranya manusia itu bangun daripada tidur dan melihat segala masalah yang membelenggunya selama ini lenyap.

Lebih mengejutkan apabila tiada lagi manusia lain yang hidup di atas bumi ini dan manusia itu bebas melakukan apa saja. Kejadian pelik itu dialami seorang pemuda yang melihat bandaraya Kuala Lumpur lenggang tiada penghuni.

Dalam situasi itu, pemuda ini mengambil kesempatan memandu kereta Ferrari dan Lamborghini yang dicurinya, menembak pusat membeli belah Pavilion dan menggunakan kereta kebal menembak bangunan e-curve dan Ikea, Damansara. Lebih menarik, kapal terbang seperti UFO dan dinosaur juga kelihatan.

Namun, jangan bimbang kerana kejadian itu sebenarnya hanyalah aksi yang dilakonkan Syamsul Yusof dalam filem terbaru, Desolasi arahan adiknya, Syafiq.


Filem ini yang akan menjengah pawagam pada 8 Disember nanti memberi keterujaan pada penonton dan peminat menerusi 'trailer' filem ini yang dimuat naik di YouTube, semalam. Selain Syamsul, ia turut dibintangi Bella Daily, Datuk Jalaluddin Hassan, Aida Khalida dan Pekin Ibrahim manakala ia menggunakan 60 peratus kesan imej janaan komputer (CGI).

 
 
 
Comments