Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Falisha Naik Pelamin Januari 2017

Pada masa yang sama gembira bakat diterima.

0
comments
Falisha Naik Pelamin Januari 2017
Falisha meniti saat-saat bahagia.
Pelakon kecil molek, Falisha Crossley khabarnya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, ye la kan baru si cantik manis ini pun sudah bertunang.

Rojak Daily Kaw! tumpang gembira dengan berita yang sampai ke telinga kami. Kalau tidak ada halangan, Falisha akan naik pelamin pada Januari 2017 dan majlis pastinya akan berlangsung di negeri asalnya, Sarawak.

Kala bertemu dengan gadis genit ini, beliau tersenyum lebar dan meminta semua peminat khasnya mendoakan yang terbaik buat beliau.

"Syukur sangat dengan satu demi satu kurniaan Allah buat saya, saya berharap terus dirahmati Allah dan lebih benyak perkara yang baik berlaku dalam hidup saya," katanya.

Lebih mesra disapa Sha, beliau punya sebab untuk rasa happy dengan apa yang berlaku. Bukan hanya bakal meraikan cinta dengan lelaki tersayang, Sha juga semakin cemerlang dalam bidang lakonan.

Pelakon Baru Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke28

Baru-baru ini ketika Festival Filem Malaysia (FFM) 28 yang lalu, Sha dinobatkan sebagai Pelakon Baru Wanita Terbaik menerusi filem Mat Moto.

"Macam mimpi. Sha seronok sangat kerana penat lelah dan bakat dipandang juga. Sebelum ini jadi finalis untuk ABPBH29 pun membuatkan saya gembira," katanya.

Walaubagaimanapun, dia sedar pencapaian ini bukan alasan untuknya terlalu selesa sebaliknya mahu terus perbaiki diri serta menjadi anak seni yang disegani.

Bagi wanita berusia 31 tahun yang mula berhijab sejak Ramadan lalu, semua ini adalah rahmat bagi dirinya meskipun berdepan dengan ujian ketika mula berhijrah.

"Ingat lagi, ada yang batalkan tawaran bila saya bertudung, tak mengapa kerana saya percaya akan ada peluang yang lebih baik.

"Bagi saya apa yang penting ialah kita ikhlas dalam melakukan sesuatu," katanya.
 
 
Comments



Back to top