Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Empat Sahabat Bukan Mat Rempit

Filem terbaru arahan Ahmad Idham mula ditayangkan hari ini.

0
comments
Empat Sahabat Bukan Mat Rempit
Filem terbaru terbitan Aifa Motion Pictures ini mengetengahkan aksi berbeza mengenai golongan mat moto yang disalah anggap sebagai mat rempit. (Gambar: matmotootai - Instagram)
Berpengalaman dalam bidang pengarahan menerusi pelbagai genre filem seperti seram dan aksi, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tampil sekali lagi mempertaruhkan filem terbarunya, Mat Moto Otai yang menjengah pawagam hari ini.

Filem yang membawa aksi motosikal kali ini berbeza dengan filem Remp-it yang pernah diarahkannya 10 tahun lalu. Jika dahulu Ahmad Idham membawakan kisah mat rempit yang gemar berlumba motosikal tetapi dalam filem terbaru terbitan Aifa Motion Pictures ini mengetengahkan aksi berbeza kerana menampilkan golongan mat moto yang disalah anggap sebagai mat rempit.

Menariknya, filem ini diterajui pelakon senior iaitu Datuk Eizlan Yusof, Cat Farish, Opie Zami termasuk Ahmad Idham sendiri yang membawa imej mat moto. Membawa kelainan, Ahmad Idham cuba menggambarkan golongan mat moto yang menepis persepsi negatif masyarakat menjurus aktiviti mat rempit.

Plot mengisahkan empat sahabat berusia pertengahan umur yang mempunyai minat terhadap motosikal. Setiap watak ini mempunyai kerjaya berbeza seperti doktor sakit puan, komposer, bookie lumba haram dan mekanik. Filem ini turut dibintangi Sasha Saidin, Wan Sharmila, Elvina Mohamed dan Hairul Ceria Popstar.
 
 
Comments



Back to top