Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Fathia Latiff Tidak Lagi Kesunyian

Pelakon berusia 29 tahun ini mengakui kehidupan kini lebih baik.

0
comments
Fathia Latiff Tidak Lagi Kesunyian
Fathia mengakui dirinya kini menjadi lebih energetik, lebih bekerja dan mempunyai misi untuk berjaya. (Gambar: fatiyalatiff - Instagram)
Pernah melalui pengalaman bercinta dan putus cinta, ia tidak bermakna pelakon popular Fathia Latiff hidup dalam kesunyian. Sebaliknya, aktres berusia 29 tahun ini mengakui kehidupannya kini menjadi lebih baik sebagai wanita bekerjaya.

Fathia membuat pengakuan dia sebelum ini sering berdoa untuk mendapatkan jodoh tetapi dia kemudian redha pada Tuhan untuk memberikan jodoh padanya.

"Mungkin saya perasan walaupun saya tiada kekasih atau suami, ia memberikan saya tenaga dalam perniagaan. Saya menjadi lebih energetik, lebih bekerja dan mempunyai misi untuk berjaya. Jika dulu saya mempunyai kekasih, entah Allah belum bagi jodoh untuk saya menjadi lebih baik sebagai wanita bekerjaya," katanya dalam satu video bersama pakar motivasi terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Artis yang mempunyai 2.5 juta pengikut Instagram ini kelihatan anggun bertelekung bersama penyanyi Shila Amzah yang turut serta dalam sesi 'telekung talk' itu bertanyakan juga soalan pada Dr Muhaya mengenai tahap memakai bahan solekan pada muka.

Dr Muhaya memberitahu bersolek untuk mendapat penghargaan manusia tanpa redha Allah adalah sia-sia. Malah, beliau turut mengingatkan amalan memakai bulu mata palsu adalah haram termasuk mencukur kening manakala bersolek secara sederhana adalah mengikut syariat.

Di kesempatan itu, Shila juga melontarkan pertanyaan mengenai sikap ibu bapa yang menjadi 'trauma' akibat perhubungan yang gagal terjadi pada anak mereka. 

"Saya sudah bersedia tetapi tak nak perhubungan yang sia-sia dan hati terbuka pergi ke sesuatu yang halal lagipun Islam tak nak lama-lama benda yang tidak sepatutnya," katanya.


Dalam menjawab soalan kedua selebriti ini mengenai jodoh, Dr Muhaya mengingatkan soal jodoh dan pertemuan ditentukan Tuhan.Jika perhubungan itu gagal dan ditinggalkan pasangan, jangan susah hati tetapi patut rasa bersyukur dan melihat kembali sifat pasangan sebelum ini.

"Jika orang yang tinggalkan kita itu bukan orang beriman, maknanya Allah menyelamatkan dan menjauhi kita daripada orang tidak beriman sebab wanita paling malang adalah salah pilih suami. Jika mahu jodoh yang baik, kita faham maksud hadis wanita yang baik untuk lelaki yang baik," jelasnya.

Fathia yang sudah bertudung sejak Mac lalu melontarkan pandangan jika pasangan itu mempunyai sisi baik dan jahat, Dr Muhaya menjelaskan faktor agama perlu diutamakan selain paras rupa, harta dan keturunan.

"Jika saya sebagai lelaki nak berkahwin, saya tengok solat dia (pasangan). Jika tidak cukup, jauhkan dan batal. Jangan berkahwin sehingga diri sendiri menjadi seorang yang gembira.

"Dalam syariat apabila kita nak berkahwin, kita tulis 10 ciri orang macam mana yang kita nak seperti beriman, akhlak mulia, murah hati, lemah lembut dan penyayang. Kemudian kita tengok 10 ciri itu sama ada ia ada dalam diri kita. Jika tiada, jangan mimpi nak dapat pasangan macam itu," katanya.
 
 
Comments



Back to top