Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Lindsay Lohan Turun Padang, Terputus Jari

Kemalangan dipercayai berlaku di Bodrum, Turki.

0
comments
Lindsay Lohan Turun Padang, Terputus Jari
Lindsay Lohan berkesempatan mendekati salah seorang kanak-kanak Syria, Heya yang kehilangan ibu. (Gambar: lindsaylohan - Instagram)
Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Lindsay Lohan menarik perhatian khalayak apabila dia turun padang melawat pelarian Syria di Istanbul pada penghujung bulan lalu.

Kedatangan selebriti popular itu memberikan semangat pada kanak-kanak Syria yang berdepan dengan konflik perang. Lohan turut memuat naik beberapa gambarnya bersama kanak-kanak Syria di Instagramnya.

Dia sempat berkongsi kisah seorang kanak-kanak Syria bernama Heya yang ditemuinya tabah berdepan keadaan selepas kehilangan ibunya. Lohan menunjukkan simpati dan perhatiannya berkongsi pengalaman pahit yang dilalui kanak-kanak itu.

Namun, di sebalik kisah misi kemanusiaan selebriti itu di sana, dia juga terbabit dalam satu kemalangan bot yang mengakibatkan sebahagian jari manis tangan kirinya terputus.

Laporan Bostonglobe menyatakan dia terpaksa menjalani pembedahan untuk menyambungkan semula jarinya itu. Dia sempat memuat naik video di Snapchat menunjukkan satu jarinya berbalut.

"Ini akibatnya apabila saya cuba menaikkan sauh bot sendiri," katanya.

Dia juga memuat naik sekeping gambar di Instagram dengan status, selfie sebelah tangan. Bagaimanapun, Lohan tidak menyatakan lokasi kemalangan yang berlaku pada dirinya itu tetapi media Turki melaporkan ia berlaku di kawasan Bodrum.
 
 
Comments



Back to top