Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Bakal Isteri Awie Trauma Akibat Gangguan Misteri

Awie juga mengalami sakit kaki kronik sebelum bernikah hujung minggu ini.

0
comments
Bakal Isteri Awie Trauma Akibat Gangguan Misteri
Awie merahsiakan lokasi pernikahannya untuk mengelak gangguan 'misteri. (Gambar: mynewshub)
Berita penyanyi terkenal, Awie bertunang pada 3 Jun lalu menarik perhatian ramai peminatnya yang turut tumpang gembira. Begitu juga, Awie memberitahu dia akan bernikah dengan gadis pilihan dikenali sebagai Sharifah Ladyana pada hujung minggu ini di satu lokasi rahsia.

Namun, di sebalik berita gembira itu vokalis kumpulan Wings ini berkongsi pengalaman dia dengan tunangnya kerap diserang penyakit misteri.  

Jelasnya, dia mengalami sakit kaki kronik manakala bakal isterinya pula muntah dan alahan teruk di muka. Gadis berusia awal 20-an itu mengalami perubahan muka apabila tumbuh jerawat dan kesan lebam pada kaki tanpa sebab sehingga terpaksa berjalan tempang.

Keadaan misteri itu menyebabkan gadis itu mengalami trauma dan ia menjadi punca agar Awie merahsiakan lokasi pernikahannya nanti untuk mengelak gangguan 'misteri' tersebut.

Bagaimanapun, Harian Metro juga melaporkan Awie hanya menyatakan lokasi pernikahannya ini jauh dari Kuala Lumpur dan diatur orang perantaraan kerana kesibukkan dengan aktiviti seni.
 
 
Comments