Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Raja Ilya Tauke Kedai Kopi

Membuka cawangan pertama kopi premium di Universiti Utara Malaysia.

0
comments
Raja Ilya Tauke Kedai Kopi
Menyambung pelajaran di bidang pengurusan perniagaan buka peluang untuk berniaga.
Pelakon jelita berwajah persis pelakon Bollywood, Raja Ilya kini sudah bergelar tauke kedai kopi. Dalam diam, kedai kopi premium pertamanya, Richiamo Coffee by Raja Ilya sudah dirasmikan pada Selasa lalu di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Rojak Daily Kaw! ucapkan tahniah dan tumpang bangga. Tak sabar mahu rasa kopi air tangan Raja Ilya yang pastinya sedap seperti kopi premium lain.

Paling best, bila dapat tahu pelakon itu guna modal hasil duit dari bidang seni sendiri dan tidak ditaja oleh sesiapa. Excuse me, she work hard for the money ya. Ha, macam lagu nyanyian Donna Summer.

"Saya tak perlu penaja. Bukan sombong, syukur ini semua modal saya sendiri. Lagipun saya buka bersama dua rakan niaga lain," katanya ketika dihubungi.

Raja Ilya bukan sahaja mahu berjaya dalam pelbagai bidang seni, malahan bidang perniagaan dan pelajaran.

Raja Ilya atau mesra dengan sapaan Ilya berkata, dia tidak bermewah dengan beg tangan jenama LV sebaliknya lebih menyimpan wang.

Semuanya kerana mahu membuka perniagaan seperti yang diimpikan sebaik tamat pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan.

Si Beauty with Brain ini juga, bakal sambung pengajian pada peringkat lebih tinggi memandangkan membuka perniagaan di UUM.

Kata Ilya, harga kopi yang dijual juga murah iaitu tidak sampai RM10 termasuk hidangan lain seperti nasi lemak dan kek.

"Kami tidak kisah soal harga, lebih kepada kuantiti jualan. Lagipun clients kami adalah students jadi harga eloklah berpatutan.

"Yang penting kopi kami premium dan dibuat dari biji kopi berkualiti," katanya.

Ilya juga menawarkan peluang kerja sambilan kepada penuntut UUM di kafenya.
Tambah pelakon yang sudah menang dua awards pelakon pembantu wanita terbaik ini, beliau juga banyak luangkan masa di kedai kopi itu jika tidak ada penggambaran.

Ilya berkata, dirinya sudah jatuh hati dengan suasana kampus berkenaan yang dikelilingi kehijauan dan tenang.  Mana tahu ada pula yang menambat hati Ilya, tak gitu.

Bakal keluar dengan beberapa filem seperti Soulmate dan KL Vampire, Ilya beritahu dirinya juga akan melahirkan sebuah single. Bakat nyanyian Ilya terselah ketika menjadi peserta dalam rancangan Gempak Superstar di Astro.
 
 
Comments



Back to top